Selasa, 31 Desember 2013

Kenapa Simbol Jalan Raya Dibuat





Salam 1 Malaysia,

Inilah sebab kenapa simbol jalan raya terpaksa dibuat dan orang yang buat ni memang kreatif dan kuat berimiginasi. Jom layan.



ReadFull Article ..

Nad Zainal Tidak Selesa Dilabel Pelawak


PELAKON Nad Zainal mengakui tidak berasa selesa jika dilabelkan sebagai pelawak selepas membintangi beberapa drama dan telemovie komedi.

Nad,23, berkata, dia mahu dikenali sebagai pelakon yang boleh diberi pelbagai watak termasuklah watak-watak berat.

“Saya sebenarnya tidak selesa bawa watak komedi, kalau boleh saya mahu dikenali dengan watak-watak berat tapi apakan daya industri kita kecil dan kita perlu ikut arus itu.

“Kadang kala ada juga rasa takut bila ada yang sudah melebelkan saya sebagai pelawak dan pengarah pula beri saya watak yang lebih kurang sama,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nad, bagi mengelakkan perkara itu juga, dia mengambil peluang terlibat dalam teater Mak Yong yang akan dipentaskan Istana Budaya tidak lama lagi.

“Lepas teater Maduku Kalut, saya akan terlibat dengan teater Mak Yong pula, dengan teater Mak Yong itu saya harap dapat lari daripada watak komedi,” katanya.

Tambah Nad, biarpun sebagai pelakon baru dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak, namun berharap bakatnyadapat digilap dengan pelbagai watak yang lebih mencabar. – mStar
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN

Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.
PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi.
ReadFull Article ..

100 Pakar Senjata Ke Syria – Ban Ki moon


New York – Seramai 100 pakar akan terbabit dalam pemusnahan stok senjata kimia Syria yang turut memerlukan bantuan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kepada Majlis Keselamatan, kelmarin.

Satu pasukan pakar yang dihantar lebih awal memulakan tugas mulai Ahad lalu dengan disokong petugas badan dunia.

Pantau tentera Syria

Mereka adalah anggota Pertubuhan Melarang Penggunaan Senjata Kimia (OPCW) yang menyelia tentera Syria mematikan kepala peledak peluru berpandu dan bom.

Kerja memusnahkan senjata itu akan berlangsung hingga pertengahan 2014.
Surat kepada Majlis Keselamatan 15 negara anggota itu memaklumkan pemusnahan akan membabitkan tiga fasa.

Fasa awal sudah bermula manakala fasa kedua membabitkan pemusnahan senjata kimia dan peralatan berkaitan dan fasa ketiga adalah mengenai pengesahan pemusnahannya dan pemantauannya.

“Fasa ketiga adalah bahagian paling sukar dan mencabar,” kata surat berkenaan.

“Mulai 1 November 2013 hingga 30 Jun 2014, misi bersama ini akan melaksanakan tugas memantau dan mengesahkan kemusnahan program senjata kimia rumit membabitkan lokasi di seluruh Syria yang dilanda konflik.

“Ia juga membabitkan 1,000 tan metrik senjata kimia, agen dan peralatan menghasilkannya,” kata Ban.

Misi berbahaya

Beliau juga berkata, bahan berkenaan adalah bahaya kepada sesiapa yang memegangnya, menghantarnya dan memusnahkannya.

“Misi akan dilancarkan sekurang-kurangnya membabitkan 100 petugas dari OPCW dan PBB,” katanya lagi.

Ban menekankan, operasi itu berbahaya kerana petugas perlu bergerak merentasi kawasan perang termasuk lokasi kawalan kumpulan bersenjata yang saling bermusuh dan menentang tugas pakar terbabit.

OCPW dan PBB terpaksa mengambil langkah segera menghantar pasukan itu selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi pemusnahan senjata kimia Syria pada 27 September lalu.

Pelan itu dilancarkan selepas satu serangan senjata kimia dekat Damsyik pada 21 Ogos lalu menyebabkan 1,400 orang maut. – AFP/REUTERS
ReadFull Article ..

Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya


Untuk menjadi pelukis memerlukan bakat tapi jika mahu mengikut stail Leandro Granato, 27, ia memerlukan lebih daripada itu.

Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.

Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.

Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.

Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu.

Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.



Akui Granado, keluarganya menyangka dia sudah gila ketika mula-mula memberitahu mahu serius menggunakan cara ini untuk menyara hidup.

Namun lama kelamaan keluarganya sama seperti orang lain, sedar bahawa Granado telah menjadi perintis dalam memperkenalkan cara baru berkarya menggunakan teknik yang dipanggil ‘eye painting’. – REM RAMZI



Sumber: DAILYMAIL UK
ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

VIDEO PENANGKAPAN MORSI DAN TRAGEDI DEMOKRASI MESIR

KETIBAAN bulan Ramadan yang sepatutnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran bertukar tragedi berdarah di Mesir apabila sekumpulan penyokong Presiden Dr. Mohammed Morsi yang digulingkan daripada jawatannya terkorban.

Seramai 51 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan bertindak melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang dikatakan cuba menceroboh Kompleks Pengawal Republikan, lokasi Morsi ditahan pada awal pagi 8 Julai lalu.

LIHAT VIDEO :


Lebih menyedihkan 35 daripada jumlah mangsa yang terbunuh ketika itu sedang menunaikan solat Subuh berjemaah di satu kawasan terbuka berdekatan Masjid Rabiatul Adawiyah yang menjadi tempat perhimpunan para penyokong Morsi.

Selain itu, lebih 400 orang dilaporkan cedera dalam pertempuran antara peserta demonstrasi jalanan dan pihak tentera sekali gus menjadikan krisis pergolakan di Mesir semakin membimbangkan.

Kejadian itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat para penyokong untuk terus menegakkan keadilan terhadap Morsi yang dipilih secara sah melalui pilihan raya presiden pada Jun 2012.

Mereka bertegas untuk terus mengadakan demonstrasi di jalanan sehingga Morsi yang kini ditahan oleh pihak tentera dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden.

Sebagai Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi, Morsi telah dikritik sebagai diktator dan tidak berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negara tersebut. Namun, di mata penyokongnya, beliau dianggap sebagai seorang wira.

"Saya sanggup menempuh perjalanan sejauh 600 kilometer semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepadanya. Beliau adalah presiden yang telah diundi secara sah," ujar Essam al-Hawany, seorang guru sekolah tinggi yang menyertai demonstrasi tersebut.
PEMERINTAHAN Morsi hanya bertahan selama setahun.
Tambah Essam, pihak tentera telah melakukan penghinaan terhadap demokrasi di Mesir. Justeru, dia tidak akan gentar untuk terus memperjuangkan keadilan buat Morsi.

"Biarlah darah kami tumpah kerana kami sanggup mati dalam perjuangan menentang kebatilan. Jika tidak, kami tidak akan datang ke sini," tegasnya.

Sementara itu, jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad melalui laman sosial Twitter, menggesa rakyat Mesir yang patriotik dan berani agar keluar beramai-ramai untuk mempertahankan negara daripada pengkhianat konspirasi rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Demonstrasi jalanan

"Setiap wilayah akan mengadakan majlis pengkebumian dan demonstrasi. Kami tidak akan mengalah," ujarnya.

Apa yang pasti, pergolakan terus berlaku di Mesir bermula pada 30 Jun lalu iaitu antara puak yang menyokong dan menolak kepimpinan Morsi. Ia menyaksikan beberapa buah bandar utama menjadi lokasi perhimpunan penganjuran demonstrasi jalanan untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Bagi ribuan penyokong Morsi, mereka berhimpun di Rabiatul Adawiyah, Nasr City manakala Dataran Tahrir di Kaherah menjadi tempat perhimpunan rakyat yang menolak kepimpinan Morsi.

Menurut pemerhati politik tanah air, Dr. Maszlee Malik, penggulingan Morsi merupakan satu pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat Mesir pascarevolusi 25 Januari 2011 yang telah menjatuhkan diktator Hosni Mubarak.

"Apa yang jelas, pihak tentera telah mencabuli demokrasi serta menghina keluhuran undang-undang di bumi Mesir. Keadaan ini boleh dianggap satu tindakan melangkah semula ke belakang iaitu ke tahun 1952.

"Ketika itu, Mesir telah diperintah oleh pihak tentera akibat rampasan kuasa sambil membelakangkan pilihan rakyat melalui kerangka demokrasi. Malangnya, apabila perkara sebegini berlaku, negara-negara Barat yang selama ini melaungkan dan memperjuangkan demokrasi terutama Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) bersikap hipokrit.


"Mereka yang sepatutnya mengecam dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri dan cuba menyalahkan Morsi," jelas Maszlee sambil memuji sikap Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani mengutuk rampasan kuasa tersebut.
ANTARA reaksi rakyat Mesir selepas berlakunya tragedi serangan di Kompleks Pengawal Republikan di Kaherah.
Tambah beliau, apa yang merisaukan adalah mengenai masa depan rakyat Gaza di Palestin memandangkan pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza serta antara Gaza dengan dunia luar telah ditutup sejak tentera mengambil alih pemerintahan Mesir.

Mengakui Morsi mempunyai kelemahan terutama dalam aspek memulihkan keselamatan dan ekonomi negara, namun ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya.

"Morsi bekerja dalam keadaan kedua tangannya digari. Saki-baki rejim telah menyukarkan pentadbiran beliau yang baru berusia setahun. Beliau juga tidak mendapat kerjasama daripada pihak keselamatan dan media yang sentiasa memfitnahnya.

"Malah, pihak yang memonopoli perniagaan dan bekalan bahan api sengaja melakukan sabotaj terhadap rakyat. Tetapi, dalam keadaan serba terikat itu, Morsi masih dapat melakukan banyak perubahan walaupun tidak secara menyeluruh. Jadi, mengapa menghukum beliau terlalu awal?

"Hakikatnya, tiada presiden yang mampu mengubah sebuah negara pascarevolusi dalam tempoh sekelip mata," ungkap beliau yang merupakan Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selain itu, Maszlee juga berharap rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar berhubung isu yang berlaku di Mesir. Ujarnya, sistem demokrasi yang bertujuan menjadi mekanisme untuk menguruskan perbezaan pandangan dan perbezaan ideologi politik perlu dihormati.

"Demokrasi bukan semata-mata keputusan rakyat yang menentukan kemenangan mana-mana parti dalam pilihan raya, bahkan lebih daripada itu.

"Mekanisme untuk semak dan imbang melalui kebebasan media, kebebasan bersuara serta ruang-ruang untuk rakyat melalui masyarakat sivil berpartisipasi dalam proses politik juga adalah sebahagian daripada demokrasi," kata Ma szlee.


Rakyat Malaysia perlu berusaha mempertingkatkan tahap pemikiran dan pendidikan mereka.
PENYOKONG Morsi berdoa sebelum mereka berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Kaherah.
Pilihan raya

"Kadar keciciran pelajaran dan buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir merupakan antara penyumbang kepada tidak stabilnya negara berkenaan," tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden Mesir sementara, Adly Mansour berikrar akan mengadakan pilihan raya menjelang awal tahun hadapan sebagai respons terhadap situasi di negara itu.

Mansour telah mengeluarkan dekri yang menetapkan jadual untuk satu referendum terhadap perlembagaan yang telah digubal, sebelum pilihan raya presiden dilaksanakan.

Keseluruhan proses tersebut dikatakan tidak akan mengambil masa melebihi 210 hari. Menurut dekri itu, satu panel yang mewakili parti politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan bersetuju dengan penggubalan akhir perlembagaan dan menjadikan ia sebagai satu referendum dalam tempoh lima bulan.

Di samping itu, Mansour turut menamakan mantan Menteri Kewangan, Hazem el-Bablawi sebagai Perdana Menteri sementara dan melantik bekas Ketua Agensi Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohamed El-Baradei sebagai timbalan presiden yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar negara.

Apa yang pasti, di sebalik kekacauan yang berlaku, para penyokong Morsi tidak melepaskan peluang menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan di Dataran Rabiatul Adawiyah.


Foto yang memaparkan ribuan umat Islam pro-Morsi menunaikan solat tarawih dan solat tahajud pada malam pertama Ramadan itu telah dimuat naik oleh laman sosial Facebook Mesir Kini.

SUMBER : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
ReadFull Article ..

10 Hewan Terberat di Dunia

Keanegaragaman hewan dimuka bumi menunjukkan keagungan Tuhan sang pencipta. dibawah ini 10 Hewan Terberat yang saat ini masih hidup di bumi.

1. Gajah Afrika (African Elephant)
Average Mass (lb): 18,500 (8500 kg)
Maximum Mass (lb): 27,000 (13000 kg)
Average Length (ft): 21.85

2. Gajah Asia ( Asian Elephant )
Average Mass (lb): 8,750 (4200 kg)
Maximum Mass (lb): 11,000 (5200 kg)
Average Length (ft): 19.5

 
3. Badak Putih Bercula Dua (White Rhinoceros)
Average Mass (lb): 5,000 (2350 kg)
Maximum Mass (lb): 7,920 (3850 kg)
Average Length (ft): 12.5

 
4. Kuda Nil (Hippopotamus)
Average Mass (lb): 5,250 (2500 kg)
Maximum Mass (lb): 7,100 (3400 kg)
Average Length (ft): 11

 
5. Gaur
Average Mass (lb): 3,300 (1600 kg)
Maximum Mass (lb): Unknown
Average Length (ft): 9.8

 
6. Jerapah (Giraffe)
Average Mass (lb): 3,000 (1400 kg)
Maximum Mass (lb): 4,400 (2100 kg)
Average Length (ft): 15.4

 
7. Walrus
Average Mass (lb): 2,645 (1200 kg)
Maximum Mass (lb): 4,500 (2150 kg)
Average Length (ft): 11

 
8. Badak Hitam Bercula Dua ( Black Rhinoceros ) 
Average Mass (lb): 2,420 (1150 kg)
Maximum Mass (lb): 4,000 (1900 kg)
Average Length (ft): 11.25

 
9. Buaya ( Saltwater crocodile )
Average Mass (lb): 1,700 (785 kg)
Maximum Mass (lb): 3,300 (1600 kg)
Average Length (ft): 20

 
10. Wild Asian Water buffalo
Average Mass (lb): 1,684 (770 kg)
Maximum Mass (lb): 2,640 (1250 kg)
Average Length (ft): 11.4
 
sumber
ReadFull Article ..

Sabtu, 28 Desember 2013

Pembangkang Masih Gagal Lantik Ketua Di Melaka


MELAKA – Parti pembangkang di Melaka masih gagal melantik ketua pembangkang untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Anggota DUN Duyong Goh Leong San meletak jawatan pada 8 Oktober lepas.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad pada persidangan DUN ke-13 di Dewan Undangan Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Othman berkata beliau setakat ini belum menerima nama anggota dewan undangan negeri dari parti pembangkang untuk mengisi kekosongan itu.

“Saya telah menulis surat kepada ibu pejabat Pakatan Rakyat lebih sebulan, tetapi belum ada nama pengganti,” katanya.

Terdahulu, Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim) memohon sidang DUN mengumumkan nama ketua pembangkang negeri Melaka.

Beliau berkata ia bertujuan memudahkan anggota DUN dari Barisan Nasional (BN) berurusan dengan pihak pembangkang.

Goh yang juga Pengerusi DAP negeri sebelum ini meletak jawatan sebagai ketua pembangkang tanpa menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

DAP memenangi enam daripada 28 kerusi DUN manakala PAS memperoleh satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Dalam pada itu, ketiadaan ketua pembangkang menjadi usikan beberapa anggota DUN dari BN termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang menyifatkan pembangkang sebagai “cukup bagus ada pasukan tetapi sukar tanpa ketua”. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Bangunan kedai berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran

KUCHING 6 Feb. - Sebanyak empat unit deretan bangunan kedai lama dua tingkat yang dipercayai berusia lebih 100 tahun di Jalan Wayang, bersebelahan Jalan Main Bazar di sini musnah dalam kebakaran pada malam ini.Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.Kejadian tersebut merupakan kejadian kedua membabitkan bangunan warisan serta bersejarah di bandar raya ini selepas kejadian pertama membabitkan tujuh deretan bangunan kedai dua tingkat di Jalan Gambier pada 21 Disember lalu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Abdul Fathul Muen berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam sebelum jentera pertama tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.Menurutnya, kebakaran membabitkan bangunan kedai yang tiada penghuni dan bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira satu jam.Sebanyak empat balai bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran iaitu dari Balai Bomba Padungan, Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Petra Jaya.Kekuatan anggota pula sebanyak 41 pegawai dan anggota," katanya kepada pemberita di sini malam ini. Abdul Fathul berkata, operasi memadam kebakaran tidak mengalami sebarang masalah memandangkan tekanan air dalam keadaan baik.Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya masih melakukan siasatan terhadap punca kejadian manakala jumlah kerugian masih belum diketahui.Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam turut melawat ke tempat kejadian pada malam ini.Beliau yang ditemui pemberita memberitahu, beliau mahu para peniaga di kawasan tersebut dan pihak bomba berbincang bagaimana mengatasi masalah bagi mengelak kebakaran daripada berulang.Ia termasuk bekerjasama dengan Sesco bagi melihat pendawaian elektrik di bangunan kedai lama di situ," ujarnya
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal

Harakahdaily

Salmiyah Harun, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal,  tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini.

Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti.

"Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, persediaan yang baik salah satu perkara utama untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan licin dan diterima rakyat khususnya daftar pemilih.

"Banyak persoalan yang telah ditimbulkan dalam soal ini dan saya rasa kita tidak boleh mengenepikannya umpamanya sindrom menafikan.

"Kita mahu bila berlaku pilihan raya, rakyat betul-betul percaya akhirnya dunia menghormati keputusan itu, " katanya yang turut membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Perbekalan Tambahan semalam.


Tarikh PRU


Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13.

"Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya.

Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji.

Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar?

Yusof yang juga membangkitkan perkara ini di dalam ucapan penangguhan semalam meminta kerajaan memberikan perhatian serius dalam perkara ini kerana amalan merahsiakan tarikh PRU tidak berlaku di lain-lain negara kecuali Malaysia.

Turut bersama dalam sidang media itu, Senator Khairiah Mohamed, Senator Dr Ariffin Omar, dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Sebelum ini,  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perbelanjaan sebanyak RM360 juta yang diperuntukkan kepada SPR adalah bagi menampung keperluan persediaan serta pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.
ReadFull Article ..

25 Security Printing






Untuk memperkenalkan produk yang dihasilkannya, maka suatu perusahaan akan membuat semacam brosur. Demikian juga dengan perusahaan pencetak uang yang ada di Indonesia yaitu Perum Peruri. Karena salah satu produk yang dihasilkan oleh Perum Peruri adalah uang kertas, maka brosur yang dibuatpun menyerupai uang kertas. Brosur seperti ini berisi semua fitur keamanan yang terdapat dalam uang kertas seperti benang pengaman, tanda air, tinta berpendar, dan segala macam tehnologi keamanan terkini. Brosur seperti ini seringkali disebut sebagai Security Printing.

Security Printing (SP) tidak diperjualbelikan, melainkan dibagikan secara gratis kepada para client sewaktu ada even2 tertentu. Misalnya sewaktu ada pameran atau simposium tehnologi percetakan uang kertas di German, maka semua perusahaan percetakan uang kelas dunia yang hadir membuat SP nya masing2 dan dibagikan kepada masing2 peserta.

Perum Peruripun tidak mau ketinggalan. Mereka tentu mau memperkenalkan kemampuannya, dan untuk itu dibuatlah berbagai macam SP yang berisi semua fitur keamanan terkini. Beberapa SP yang dibuat oleh Perum Peruri adalah:


Berbagai macam SP Perum Peruri




1. Security Printing 2001

Pada ulang tahunnya yang ke 30, Perum Peruri menerbitkan buku berjudul Tri Dasa Warsa Perum Peruri. Pada buku tersebut dilampirkan brosur berupa SP bergambar Affandi.


Buku Tri Dasa Warsa Perum Peruri







Di halaman tengahnya terlampir SP Affandi



Security Printing 2001 "Affandi"



Selain dalam bentuk buku, SP Affandi juga dibagikan dalam bentuk satuan ataupun folder yang berisi keterangan lengkap tentang fitur keamanan yang dapat dibuat oleh Perum Peruri.




SP Affandi dengan folder


Banyak sekali fitur keamanan yang terdapat pada SP ini, salah satunya adalah tinta berpendar. Mari kita lihat seperti apakah bila SP Affandi dihadapkan di bawah sinar ultra violet :




SP Affandi di bawah sinar UV, terlihat warna warni yang sangat indah



2. Security Printing 2004

Dengan berkembangnya jaman, maka ilmu percetakan juga ikut berkembang. Karena itu Perum Peruri perlu membuat brosur yang berisi fitur keamanan yang lebih hebat lagi. Dibuatlah SP yang lebih canggih lagi yaitu SP bergambar macan yang dikeluarkan pada tahun 2004.




Security Printing 2004 Macan



Seperti halnya SP Affandi, maka SP macan juga dibuat dalam bentuk folder. Tentu saja fitur keamanan yang terdapat pada SP macan lebih hebat dibandingkan SP Affandi. Terdapat 24 fitur keamanan (Affandi 22 fitur) dan salah satunya berupa benang pengaman yang dianyam.





SP macan dengan folder


Bila dilihat di bawah sinar UV maka akan tampak warna warni yang sangat indah.



SP macan 2004 di bawah lampu UV



3. Security Printing 2008

Kali ini Peruri mengeluarkan SP yang berisi kemampuannya dalam mencetak intaglio, suatu tehnologi yang umum digunakan dalam mencetak uang kertas dan dokumen yang memerlukan tingkat keamanan kelas tinggi. Bekerjasama dengan SICPA produser security ink dan JURA JSP produser security software, Perum Peruri mengeluarkan souvenir note bergambar Jendral Sudirman. SP ini berukuran besar, satu sisi dan berisi tehnologi cetak intaglio yang termodern, dengan gambar yang sangat halus, tajam dan tentu saja dengan tinta berpendar yang sangat indah.



Security Printing 2008 Sudirman





SP Sudirman dengan folder



SP Sudirman di bawah sinar UV


Selain ketiga SP tersebut sebenarnya Perum Peruri juga pernah mengeluarkan SP lainnya, salah satu contohnya bergambar gedung dan wayang seperti pada gambar berikut ini. Sayang sekali informasi penerbitan SP ini belum berhasil saya temukan.


Security Printing Perum Peruri tahun .......?


SP tidak diperjualbelikan. SP dicetak dalam jumlah terbatas dan dibagikan secara gratis. Tentu saja bukan kepada umum melainkan kepada client2nya sewaktu diadakan seminar atau pameran. Bila teman-teman ada yang ingin mendapatkannya silahkan hadir pada pameran2 dimana Perum Peruri menjadi salah satu pesertanya. Bila tidak berhasil maka dapat diusahakan untuk memintanya secara langsung, atau bila terpaksa maka dapat dibeli dari toko-toko penjual perangko atau uang kuno. Seringkali SP dijual dengan sistem lelang, seperti yang saat ini sedang berlangsung di New York, Amerika. Beberapa lembar SP bergambar Washington dan Lincoln Memorial Center cetakan Giore di lelang dengan harga estimasi US$250-$500. Di Ebay pun sering terdapat berbagai macam SP yang dilelang, termasuk juga SP terbitan Peruri.


Selain SP Peruri, hampir semua percetakan uang pernah membuat SP. Bahkan ada kolektor-kolektor tertentu hanya mengumpulkan SP dari seluruh dunia. Mari kita lihat beberapa contoh SP dari berbagai percetakan :



Serbia, dalam memperingati 80 tahun institut Zin-Belgrad



German, Giesecke & Devrient



De La Rue Giori, bergambar Beethoven






ABNC yang dibagikan pada Australian Expo 1988



Thomas De La Rue




Kazackstan




De La Rue Giori, bergambar Leonardo Da Vinci



Jon Enschede, Belanda




Giori


Selain bentuk-bentuk di atas, ternyata juga ada bentuk uncutnya






Jakarta 9 Oktober 2010

Kritik dan saran hubungi arifindr@gmail.com
ReadFull Article ..