Minggu, 16 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Beraksi Ghairah – Nora Danish Berdiam Diri Sehingga Kini

Beraksi Ghairah – Nora Danish Berdiam Diri Sehingga Kini


Salam semua,



Beraksi Ghairah – Nora Danish Berdiam Diri Sehingga Kini

Ketika gambar Nora Danish dalam gaya seksi dan agak ghairah keluar di sebuah majalah, maka ramai yang terperanjat.
Ada yang cuba berlagak bijak pandai dengan mengatakan ia ditinjauankan dengan teknik pertindihan (super impose) sedangkan majalah itu dijual di hampir semua kedai buku utama dan dengan jelas meletakan muka Nora Danish serta temuramah dengan artis itu.
Sejak itu, ramai yang ternanti-nanti penjelasan dari Nora Danish akan mengapa dia sanggup bergambar dalam keadaan begitu.
Setakat ini, dia hanya berdiam diri seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam;
HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, akhirnya aktres jelita, Nora Danish selamat tiba di tanah air, 10 Mei lalu.
Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di Tanah Suci, gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di sebuah majalah menjadi perbualan hangat.
Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil dengan imej seksi, namun Nora kelihatan lebih ‘berani’ dalam majalah itu.
Zass cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang ke tanah air.
Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat.(Sinar Harian)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar