Senin, 17 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Sidang media PKR mahu langgar larangan Parlimen

Sidang media PKR mahu langgar larangan Parlimen


sinarharian
8 November 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bertegas, meskipun mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya bagi menghalang beliau daripada membuat sidang media, akan meneruskan sesi temu pemberita di lobi Parlimen.

Menurut Rafizi, Parlimen adalah institusi tertinggi yang menjadi milik rakyat di negara ini dan sekiranya rakyat dihadkan akses, ia hanya akan "merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen."

"Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Nazri Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen," kata Rafizi menerusi satu kenyataan media lewat hari ini.

Awal hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan larangan lisan penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli Parlimen.

Larangan tersebut berkuat kuasa serta-merta kerana tidak mahu sudut bertulisan Parlimen Malaysia Sidang Media disalah guna oleh mereka yang bukan ahli Parlimen.

Dakwa beliau, tindakan Nazri itu ekoran kes terbaru yang mengaitkan Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut dengan seorang ahli perniagaan balak dari Sabah, Michael Chia.

"Pada fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan konflik kepentingan kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," katanya.

"Malah, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan Kabinet beliau Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak bersuara melahirkan tentangan terhadap sidang-sidang media di Parlimen," tambah beliau.

Menurut Rafizi lagi, Nazri menggunakan kuasa yang dimilikinya itu apabila "beliaulah yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dan Michael Chia."

Bagaimanapun katanya, usaha berkenaan tidak sama sekali akan merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan kes terhadap Nazri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar