Minggu, 02 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Fasha Bersyukur Rayfal Sihat Bebas ‘Jaundice’

Fasha Bersyukur Rayfal Sihat Bebas ‘Jaundice’


Putera Rayfal Dan Fasha

Pasangan yang baru menerima cahaya mata, Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli nampaknya begitu gembira menyambut kelahiran bayi mereka.

Bayi lelaki yang diberi nama Putra Rayfal Ramli itu dilahirkan pada 15 April lalu.
Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke-10 kelahiran Rayfal.
Dalam pada itu, ibubapa Rayfal menunjukkan perkembangan kesihatan anak mereka apabila memuat naik beberapa keping gambar Rayfal menerusi laman sosial, Instagram.
Menerusi kenyataan Fasha di laman Instagram-nya, kelihatan seperti mereka baru pulang daripada pemeriksaan doktor di sebuah hospital terkemuka di ibukota.
Fasha yang berpakaian gaun pendek berwarna ungu juga kelihatan sihat.
“Putra is 10 days old. Alhamdulillah healthy baby. no jaundice. Miracle. Baby yang baik. Semoga Putra sihat selalu dan membesar dengan baik. Amin.”
Rizal atau mesra dipanggil Jejai diijabkabulkan dengan Fasha pada 27 April tahun lalu dan Fasha disahkan mengandung selepas dua minggu pernikahan mereka, 14 Mei.
Semoga Fasha dan Rayfal sentiasa sihat dan berbahagia disamping Jejai.
rayfal1
rayfal3
rayfal4
rayfal5
SUMBER
Foto: Instagram Fasha Sandha

Tidak ada komentar:

Posting Komentar