Senin, 03 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Kate Middleton Marah Anaknya Diminta Membuat Ujian DNA

Kate Middleton Marah Anaknya Diminta Membuat Ujian DNA


31 Ogos 2013

 Kate Middleton & Camilla Parker (Foto: Mirror.co.uk)
Kate Middleton & Camilla Parker (Foto: Mirror.co.uk)
LOS ANGELES - Kate Middleton sangat kesal lantaran ibu mertuanya, Camilla, meminta Putera George menjalani ujian DNA. Dia ingin membuktikan bakal pewaris kerajaan Inggeris itu adalah anak kandung William.

Camilla mendesak anggota kerajaan melakukan ujian DNA terhadap George, kerana takut Kate mengandung anak dari lelaki lain. Sebabnya, wanita yang bergelar Duchess of Cambrigde itu berasal dari kalangan biasa.

"Camilla membuat permintaan yang berlebihan untuk ujian DNA, dan melancarkan serangan sebagai bentuk rasa cemburu dari image Kate yang popular," ungkap sumber.

Dia juga mengatakan bahawa William akan meninggalkan Kate dan mencari wanita lain setelah mendapatkan keturunan. Camilla mengajukan permintaan tak masuk akal tersebut kerana merasa sakit hati tidak diizinkan berada  dekat George. Demikian seperti dilansir Celebdirtylaundry, Jumaat (30/8/2013).

Kate juga merasa sedih dan kesepian kerana tidak dapat bertemu dengan teman-temannya. Sejak berkahwin dengan Willliam, wanita cantik ini harus menuruti protokol kerajaan dan sukar melakukan kegiatan seperti dulu. Dia pun merasa kesepian kerana tidak memiliki teman untuk mengungkapkan perasaannya.Okezone

Tidak ada komentar:

Posting Komentar